Selasa, 31 Mei 2011

Gambar ngan Boss dan kengkawan kat Opis...:D


Amacam lawa tak boss aku nie...( sebaya aku kot) hehehe anak dah dua dah tak mau kacau yer....

Yang nie plak boss no.2 aku amacam...single mingle lagi nie tau.....tapi aku tak sure single but not available ke tak hehehehe

Ha lawa-lawakan bos-bos aku nie...sumenya pandai posing gitu....ha yang hak nie mai dari Kedah lagi...:)

Yang nie plak....uish tak mo kacao gak dh bergelar isteri orang dan dah ada dua org anak yang comel dan pandai bergaya....(ex lawyer tak silap) ha kang kena saman kang..hehehehe


HA JENG..JENG JENG...NI GAMBAR AKU BERAMAI-RAMAI MERIAHKAN GAMBAR NIE....

Abe bak per gambor mu jadi gitu be.....hehehehe


Nie gambar poyo ah sikit-sikit...leh kan...yang baju purple tu cc aku....dia ah yang paling MUDA diantara kitaorang sume...jgn mare yer cc


aku suke gambar nie coz muka aku nampak ok time nie...yang mana yer aku..hehehe yang pink colour tu ler


Amboi kawan aku sorang nie..Midah namanya...flying kiss kat Asri ker....ko jgn marah aku tau coz aku tarok gambar nie.


Nie plak adik-adik Khidmat Singkat dorang sampai hujung tahun nie jer.....tapi sume ada kelulusan tinggi nie...





Dua (2) gambar di atas adalah sebahagian dari ...Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Penerangan Malaysia...nie sume orang penting Penerangan nie...hehehehe hai Kak Ina mana cermin mata cun ah ..pakai contact lense jer ah

p/s :-

      Jangan lupa klik pada nama Midah dan Kak ina tu yer....

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

[rokok3.jpg]


Pertama sekali aku nak ucap Alhamdulillah kerana aku dijodohkan dengan orang yang tidak merokok, kerana aku ada penyakit Athma dimana aku alah dengan bau asap rokok nie kerana ia boleh menyebabkan penyakit asma ku bertambah kronik .  Kajian mendapati perokok pasif lebih bahaya dari perokok aktif kerana perokok pasif lah yang lebih banyak menyedut asap rokok tersebut, tak caya meh     klik sini

Aku wat tulisan warna merah nie menandakan aku marah sangat dengan perokok aktif

Isnin, 30 Mei 2011

Sabtu, 28 Mei 2011

Kelebihan Halia






Khasiat Halia
  • Menghadamkan makanan.
  • Membuang angin yang berlebihan yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
  • Mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada.
  • Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.
  • Diguna segar sebagai bahan masakan.
  • Diproses menjadi minyak dan hasil ekstrak oleoresin.
  • Minyak halia digunakan sebagai bahan perasa minuman buah-buahan, confectionary, kosmetik dan ubatan.
  • Oleoresin pula digunakan sebagai bahan perasa minuman berbentuk ubatan.
  • Ubat-ubatan berasaskan halia dipercayai boleh mengawal penyakit demam, batuk, sesak dada, kekejangan otot, migrain, senggugut, sakit kepala, sakit gigi, sakit tulang, sakit perut dan masalah sistem penghadaman.
Secara tradisional, halia banyak digunakan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti :
  • kurang nafsu makan 
  • membuang angin berlebihan dalam badan 
  • pening/loya 
  • batuk 
  • kembung perut 
  • muntah 
  • menghangatkan badan 
  • membantu penghadaman 
  • taun 
  • cirit-birit 
  • penawar racun

Jumaat, 27 Mei 2011

SERAM !!!!!!.........Arwah Ibu Ziarah Mayat Anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.


Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti me
mbaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya me
mbawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa me
mbantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak se
mbahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya ke
mbali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan
IKLAN JAP YER...

 SAMBUNG BALIK......
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?


-sekian-


sumber dari KISAMSERAM

Amalan Cara Kesihatan Nabi Muhammad S.A.W

1. Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikan-Nya juga ubatnya kecuali mati. Firman Allah bahawa sesiapa yang hidup menurut petunjuk Allah akan lanjut usianya
2. Asal segala penyakit ialah sejuk. Oleh itu makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu
3. Perut itu rumah segala penyakit dan puasa raja segala ubat. Oleh itu jadikanlah ia kebiasaan anda.
4. Pada pandangan Allah, makanan yang paling baik ialah makanan yang dimakan beramai-ramai.
5. Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan. Makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang lagi ialah makan dengan para Nabi a.s
6. Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya, kerana makanan yang panas itu tidak berkat.
7. Apabila makan tinggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat. Inilah nasihat yang baik.
8. Ada keberkatan pada makanan di tengah pinggan. Oleh itu mulakan makan makanan yang ditepi pinggan dulu, bukan mula dari tengah (pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain mendapat berkat, jangan seorang diri saja)
9. Ada keberkatan dalam tiga perkara: dalam sarapan pagi, dalam roti dan dalam sup
10. Berus gigi dengan 'miswak' selepas makan dan kemuadian berkumur-kumur kerana amalan ini adalah penjaga gigi.
11. Gunakan 'miswak' kerana amalan ini datang dari kebersihan, dan kebersihan datang dari iman dan iman membawa seseorang itu ke syurga.
12. Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan sehingga habis langsung (iaitu tidak membazir)
13. Makan bersama barulah bersurai, kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan.
14. Kurang makan kurang dosa.
15. Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul gandum, barli,kismis, sekoi, lemak, madu lebah, keju, sejenis pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan (walnut) dan zaitun.
16. Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit sengal pada peha dan pangkal peha (sciatica).
17. Sarapan pagi waktu fajar (dinihari) ada berkatnya.
18. Ketika saya mikraj, tidak ada seorang pun Malaikat pun yang tidak berkata, " Wahai Muhammad s.a.w beritahu ummatmu supaya berbekam. Rawatan yang paling baik adalah berbekam, ketumbar dan sejenis herba (costus).
19. Siapa yang sakit selama 7 hari, maka ia adalah penebus dosa selama 70 tahun.
20. Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerungsingan seperti kerungsingan kerana berhutang.
21. Apabila Nabi Muhammad s.a.w melawat orang sakit, baginda biasanya berkata, "Hindarilah pedaya iblis, kekuatan itu kerana dengan Allah, sembuh dan disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Engkau".

Khamis, 26 Mei 2011

Cerita Lucu Anak Aku...


Perkara nie berlaku minggu  lepas..anak aku demam so dia dapat mc 3 hari yang aku peningkan dia ada exam sekolah agama aduhai-aduhai nampaknya aku kena call cikgu supaya anak aku dapat Periksa Ganti kalu tak peratus dia akan sikit barulah aku tahu macam mana perasaan seoarang ibu bila anaknya ambil periksa..berdebar dan risau mengalahkan anak yang nak amik exam lagi :) sabor jer ah kan.  Nak dijadikan cerita anak aku balik sekolah agama masa tu petang aku pun dah balik kerja hehe anakku Nadyne tunjuk padaku dia dapat duit, dapat alat tulis sume eh..eh..mana Nadyne dapat nie...Ustazah bagi Ummi..aik pesal plak ustazah awak tu baik sangat nak bagi ha aku nie bukan apa risau kalu dia amik barang orang.

             Maka anakku pun mulakan cerita....macam nie Ummi tadi masa kat sekolah ustazah cakap siapa yang tidur betul-betul dapat hadiah....agaknya anak-anak muridnya dah habis jawab exam tapi tkder nak wat per ustazah nak suruh senyap disuruh ah tidur...maka anak aku tidur ah dengan betul-betulnya....nak tau kenapa dia leh tidur betul-betul hehehe coz tadi sebelum gi sekolah dia makan sume ubat-ubatan dia maka memang sohih anak aku ngantuk dan boleh tertidur dengan ini hadiah tu buleh ke anak aku ah kan..dalam hati aku tergelak jer....nie aku tak sabar nak balik umah plak nie dengar citer anak aku yang no. 2 tu jatuh pastu luka kat lututnya...sikit tapi macam cedera parah kata Mak Udanya nak mandi nak apa sume tak leh dah lah nk mendukung nya tu fuh..semangat...sekejap-kejap cakap olon ah adik akit nie...pastu siap mengesot lagi tu..hehehe nie lah kerenah anak-anak kan..meriah :) k bye tak sabar nak hadap dua Putri ku yang manis....

7 Khalimah Yang Sukar Diterima Suami

7 Khalimah Yang Sukar Diterima Suami
1. ‘Abang ni kurus sangat’ atau ‘Abang gemuk sangatlah’
Sebagai wanita, anda sudah tentu kecil hati bila dikata sedemikian oleh suami meskipun itu memang hakikatnya. Begitu jua dengan suami anda. Sebagaimana yang diperkatakan tadi lelaki memang sensitif jika ada yang berkomentar tentang bentuk tubuhnya.
Walau ia perkara yang benar sekali pun dan anda bimbang akan kesihatan suami tapi anda perlu bijak menyatakannya. Sebagai contoh hidangkan makanan diet untuk suami, sekiranya suami bertanya maka katakan anda prihatin tentang kesihatannya dan tidak mahu dia menghidap sebarang penyakit. Itu lebih lembut malah memberi petanda bahawa anda sebagai isteri amat menyayangi dirinya.

2. ''Kenapalah awak tak macam suami kawan saya’
Lelaki sangat benci jika diri mereka dibandingkan dengan lelaki lain, apalagi jika perbandingan itu keluar dari mulut pasangannya. Ia akan ‘melukai’ egonya. Namun, kebanyakan isteri cenderung melakukan kesalahan ini tanpa menyedarinya.
Ayat sebegini akan membekas di hatinya. Ia menggambarkan anda sebagai pasangan seolah-olah kecewa dengan dirinya dan dia sebagai suami tidak mampu memuaskan hati pasangan.

3. ‘Abang punya baju hari ni kelakarlah!’
Sekali lagi diingatkan jangan memberi komentar negatif tentang cara seseorang lelaki berpakaian. Tidak hanya ia akan mengganggu perasaannya tapi juga membuat seseorang lelaki itu kurang keyakinan diri. Sudah tentu anda tidak mahu suami berperasaan sedemikian. Memang, tidak salah jika anda ingin memberinya tip agar suami lebih bergaya tapi cara menyampaikannya perlu lebih ‘diplomatik.’ Misalnya, anda boleh mengutarakannya dengan menggunakan ayat begini, ‘Abang, saya rasa kalau abang pakai baju ini lebih sesuai’ atau pun ‘ Baju warna yang saya pilih ni mesti buat abang nampak lebih cerah.’

4. ‘Kamu membosankan!”
Walau hanya mengatakannya sekali saja pada suami tapi ayat ini akan bermain-main di fi kirannya boleh jadi sampai bila-bila. Dia akan cuba mencari di mana salah dan silapnya dan ini akan mengganggu hatinya.
Meskipun anda mungkin meng u capkannya dengan nada ingin bergurau tapi suami pula menganggapnya sebagai satu penghinaan. Betapa dirinya dilihat gagal memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada pasangannya. Ini satu yang serius.

5. ‘Saya sibuk, saya tiada masa nak bercakap sekarang’
Jika ini yang anda ucapkan pada suami bermakna anda telah menolak ke tepi rasa hormat pada pasangan anda. Ucapan ini tidak harus anda ucapkan pada suami sungguh pun pada ketika itu anda memang benar-benar sibuk dan kesuntukan masa.
Perasaan suami amat perlu dijaga. Biar pun pada anda suami seorang yang cukup memahami tapi kata-kata ini boleh menghiris kalbunya dan membuatkan dirinya terasa kecil. Betapa dirinya dengan mudah ditolak ke tepi pada satu-satu masa.

6. ‘Awak ni pandai ke tidak bawa kereta?’
Selain penampilan satu lagi aspek tentang lelaki yang boleh membuatkan mereka lekas tersentap ialah apabila seseorang wanita mempertikaikan caranya memandu. Kebanyakan lelaki percaya bahawa mereka punya kemahiran memandu yang lebih berbanding wanita.
Jadi bila anda sebagai isteri apatah lagi tidak tahu memandu meluahkan kompelin tentang cara pemanduannya tentu saja akan membuatkan suami sakit hati. Oleh itu lebih elok jika anda diam saja di tempat penumpang kecualilah jika anda melihat suami memandu dalam keadaan yang berbahaya dan cuai.

7. ‘Kawan abang tu segak betullah!’
Kalau anda kurang senang mendengar suami memuji kecantikan wanita lain, perkara yang sama dirasai oleh suami tatkala mulut anda menyebut tentang ketampanan dan kegagahan lelaki lain.
Suami akan berasa sedikit kesal apabila isteri membanggakan lelaki lain walhal sepatutnya pujian itu menjadi miliknya. Lebih-lebih lagi jika anda menyatakannya di hadapan dirinya yang ketika itu sedang bersama rakan-rakan lain. Tidak mustahil anda akan dianggap ‘memalukan’ dirinya.
Jika betul anda kagum dengan rupa paras rakan pasangan nyatakanlah dalam kalangan rakan anda saja atau lebih baik simpan saja dalam benak anda. Seharusnya anda membanggakan suami sendiri dan bukan lelaki lain.

Sumber Mingguan Wanita

Rabu, 25 Mei 2011

Hehehe Lawaknya....


Kartun Lawak

CERITA LAWAK
Timah menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Budin, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Timah : Ayah, Budin melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Budin.
Timah : Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Budin sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, Timah  pergi pula kepada ibunya.
Timah : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Budin.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Budin.
Timah : Tapi kata ayah, Budin itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Timah : Ha!!??!!

Memang lawak ah...

 
Youtube - Mari Berbaik-baik

Kartun Ujang


Karangan Lawak

Antara Tempat Terindah di Dunia

Manhattan, New York

 
Killarney, Ireland

 Machu Picchu, Peru

City of London, England

Vatican City, Italy

Iguazu Falls, Brazil-Argentina Border

Taj Mahal, India
 

Great Pyramid of Giza and Sphinx, Egypt

Great Barrier Reef, Australia


Lake District, England

Mount Everest, Nepal / China Border