Pilu sangat hati ini bila melihat kejadian 3 beradik yang hanyut di Hutan Lipur Ulu Bendul dua darinya sudah dijumpai dan yang bongsu masih belum dijumpai, saya sendiri ada anak -anak yang lebih kurang sebaya dengan mereka yang terkorban kebetulan anak saya juga perempuan saya membayangkan kalau saya berada di tempat ibu mangsa mahu separuh giler saya dibuatnya apabila kehilangan kesemua anak yang telah dikandung, dibelai dan dimanja selama hayat anak-anak itu masih hidup....Ya Allah lindungilah anak-anak aku dari segala musibah dan mara bahaya.. Aku berdoa dan berharap agar ibu mangsa dapat menerima kenyataan dan menerima segala cobaan yang telah Allah berikan kepada beliau. Malang memanglah tidak berbau... tetapi dalam musim-musim hujan yang tidak menentu ini rasanya lebih baik tangguh dulu hasrat untuk berkelah dan bermandi-mandi di sungai dan sebagainya. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang telah pergi mengadap ilahi....Al-Fatihah...Amin...
Sumber dari bacapaperku.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan