Khamis, 5 Mei 2011

3 'O' yang sedang hangat diperkatakan.....

OSAMA



1 Mei 2011, masyarakat dunia dikejutkan dengan suatu berita tentang kematian Osama Bin Laden selepas suatu serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Amerika Syarikat. Presiden Amerika Syarikat juga mengesahkan kejadian itu.


OBAMA


Presiden Barack Obama mengumumkan kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dalam pertempuran bersenjata dengan pasukan tentera Amerika Syarikat di Pakistan.  Obama kononnya berpendapat Kematian Osama bin Laden telah menandakan kejayaan terbesar sepanjang 10 tahun peperangan AS terhadap keganasan yang dilancarkan selepas serangan 11 September, yang melihat Amerika dibelenggui dengan dua peperangan, dan mengubah banyak aspek kehidupan AS.


OMEGA



Jam tangan Omega yang kononnya berkait dengan video skandal seks Ketua Pembangkang PKR Anwar bin Ibrahim.  Jam tangan Omega tersebut dikatakan milik beliau dan sama dengan palaku dalam video tersebut.
Malah ia menjadi kemarahan Anwar apabila ditanya oleh seorang wartawan wanita yang meminta jawapan Anwar sendiri berkenaan perkara tersebut.  Dah hampir beberapa mimggu berlalu sidang media Anwar Ibrahim yang pada waktu itu menyatakan bahawa Jam Tangan Omega nya berada di dalam simpanan Kak Wan Isterinya. kak Wan pula berdiam diri tampa mengiyakan apakah benar Jam Tangan Omega itu di simpan Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: