Rabu, 18 Mei 2011

Mencuit Hati.....Cerita Lawak....

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..



Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”



Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.



Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

2 ulasan:

Hazwan berkata... JOM Reply

yg part kopi tu mmg lawak haha..

Entry Terkini Sejarah Seberang Takir

Farhana Jafri berkata... JOM Reply

hahaha yg last skali tu comel! pndai je dy jwab.. msti baran je dlam hati.. hik3

jemput singgah ANASAURUS :)