Hari nie aku lemau sikit coz migraine ku menyerang...nie baru bangun tidur setelah makan ubat tah berapa jam aku tertidur nie pun masih tak hilang-hilang lagi, nak makan ubat tahan sakit emmm aku tak bleh coz alergi ubat jadi panadol jer ah sabor jer ah kalu aku makan gak ubat tahan sakit nanti aku kena gi amik injection plak coz nanti badan aku jadi bengkak-bengkak macam kena apa tah. Nie kongsi sikit tanda-tanda seseorang tu ada migraine
- Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. Mengikut pengalaman I, I selalu diserang pada kepala kanan. Kesakitannya agak teruk, kadang-kadang terasa di belakang biji mata atau di belakang kepala ataupun di bahagian tengkok. Selalunya kesakitan berpanjangan selama 6-48 jam. I selalu kena dalam 24-30 jam.
- Rasa mual dan sometimes muntah.
- Rasa sejuk, letih dan kebas-kebas.
- Sensitif terhadap cahaya ataupun bunyi bising. Mama I akan suruh I tidur dalam bilik gelap kalau I diserang migraine. Selalu tutup langsir dan tak akan ada cahaya yang terkena pada diri I terutamanya mata. Bunyi bising pun akan mengakibatkan migraine bertambah teruk T_____T
- Berpeluh-peluh.
Bagi sesetengah pesakit migraine, termasuk diri I sendiri, terdapat “aura” iaitu tanda-tanda amaran bahawa migraine akan mula menyerang. Contohnya, pandangan menjadi kabur, ternampak garisan zigzag ataupun kelihatan bintang-bintang di mata. Kalau I dah dapat tanda macam ni, jangan harap I akan keluar rumah.
Migraine akan menyerang apabila:
- Tekanan-tekanan
- emosi ataupun tekanan fizikal.
- Makanan – Coklat, makanan yang mengandungi MSG (monosodium glutamate), makanan yang mengandungi tyramine seperti ayam, kekacang.
- Daging yang mengandungi nitrates seperti sosej dan salami.
- Bawang besar, mentega kacang, produk susu.
- Persekitaran – bau-bauan seperti minyak wangi, bunyi bising, missed meals, pertukaran masa tidur, pertukaran hormon seperti haid dan hamil, merokok atau asap rokok.
Ini tips yang berkesan semasa mendapat serangan migraine.- Meminum banyak air agar badan tidak kering terutama jika terdapat muntah-muntah.
- Berehat di bilik yang senyap, gelap dan sejuk.
- Letakkan kain yang sejuk di kepala.
- Makan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.
- Bersabar dan berdoa agar Allah menghapuskan dosa-dosa kita melalui kesakitan yang kita lalui ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan