Kesan pembiusan epidural kepada ibu
Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural).
Salah tanggapan epidural dengan sakit pinggang atau belakang
Jika epidural dilakukan dengan mudah dan tiada komplikasi, kesan sampingan jangka masa panjang adalah sangat minimum.
‘‘Apa yang sering diperkatakan adalah sakit belakang yang terjadi selepas epidural sehingga dapat dirasai beberapa tahun selepasnya.
‘‘Kajian terbaru yang dijalankan oleh hospital-hospital luar negara menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural.
Aku sendiri dah dua(2) kali pengalaman Epidural nie, masa bersalin anak pertama dan kedua coz aku ada asma doktor galakkan saya amik benda nie coz takut aku kena athma attack dan aku juga bersalin secara caesarean. Masa anak pertama 6 injection begitu juga yang kedua, video seperti di atas menunjukkan bagaimana injection tu dibuat dan sturktur badan semasa injection dilakukan dagu dan lutut kena bertemu dan membongkok. Ini adalah antara pengalaman semasa aku bersalin di Pusrawi. Tapi video di atas bukan AKU tau..he..he...he....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan