Kanak-kanak 4 tahun hilang jari hantu akibat mercun
2011/08/10
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, hilang satu jari hantu tangan kirinya dan melecur di tangan apabila mercun bola yang dicucuhnya meletup di dalam tangan dalam kejadian di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, semalam.
Mercun Bola |
Syahir Saifullah Jefri merupakan mangsa keenam yang cedera akibat mercun bola di negeri ini bulan ini.
Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semalam ketika mangsa, anak bongsu daripada empat beradik itu sedang bermain bunga api bersama salah seorang abangnya.
Wati berkata, ketika kejadian, beliau sedang menjahit pakaian raya untuk anak-anaknya manakala Boy (nama panggilan Syahir Saifullah) berada di luar rumah bermain bunga api bersama abangnya, Anwar, 6.
"Beberapa minit selepas Boy bermain bunga api, dia masuk ke rumah dan mengambil mercun bola yang disimpan abang sulungnya, Syahmi Faiq, 10, di dalam laci di ruang tamu dan membawanya keluar.
"Anwar cuba menegah adiknya supaya tidak mencucuh bunga api itu tetapi Boy tidak mengendahkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian meletakkan bunga api yang masih menyala di atas meja lalu mengambil mercun bola dan mencucuhnya dengan bunga api, menyebabkan mercun itu meletup sebelum sempat dilemparkan.
"Saya yang terdengar letupan dan jeritan Boy segera keluar sebelum melihat Boy menangis sambil memegang tangan kirinya yang dipenuhi darah lalu membawa dia ke Klinik Desa Rantau Panjang," katanya.
Wati berkata, anaknya yang hilang satu jari serta melecur di kedua-dua tangan kanan dan kiri itu kemudian dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke HRPZ II berikutan kecederaan serius.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata Syahir Saifullah merupakan mangsa keenam akibat mercun bola di negeri ini dengan kes pertama berlaku pada 1 Ogos lalu membabitkan seorang remaja berusia 20 tahun, namun dalam kes itu remaja berkenaan hanya cedera ringan. - BERNAMA

sumber http://www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan