Selasa, 16 Ogos 2011

Kenangan Raya Yang Sukar Dilupakan (2010)

Tahun lepas aku beraya di Perak kampung papa aku..dan dua (2) tahun lepas di Medan, Indonesia kampung mama aku dan pada tahun ini InsyaAllah aku beraya di Kuala Terengganu kampung suami tercinta.  Nak dijadikan cerita tahun lepas giliran aku beraya di Bruas, Perak rumah arwah opah aku nie besar dan kelilingnya takder jiran coz tanah arwah  jadi siapa yang nak buat rumah kat situ kan..rumah tu di kelilingi pokok-pokok dan bunga-bunga jadi banyaklah sang serangga dan macam-macam binatang lagi lah.

Pada malam Raya pertama aku seperti biasa tidur di luar di depan televisyen, bilik semua dah ada yang check in biasanya aku amik hotel ke apa tapi Raya pun penuh....tu yang belasah jer tidur kat luar..sronok gak tidur berjemaah..berderet dan memanjang jer.... Sedang asyik aku, suami dan anak-anak tidur...tiba-tiba suami aku terjaga katanya da benda berjalan-jalan di leher dan badannya..dia tepis-tepis...lalu aku ternampak sang lipan yang besar dan panjang...huhuhu cuak aku dibuatnya, aku dan suami cuba nak ketuk tapi sang lipan dah lari..aku pun tidur balik.  Beberapa minit selepas itu anak aku no 2 terjaga dan menangis teresak-esak, aku tak tau apa sebab..tapi dia ada tunjuk pipi dan sebut sakit....aku belek-belek nampak macam ada kena sengat...aduh...aku terus teringat yang lipa tadi..adakah anak aku dah kena sengat lipan.  Anak aku menangis tak henti-henti dah macam-macam kami sapu di pipinya mengikut petua-petua yang orang kampung bagi.  Dalam hati aku berkata tak boleh jadi nie...aku mengajak suami aku gi redah Unit Kecemasan Klinik Kerajaan yang ada berdekatan.

Sampai sahaja di Klinik aku terus lihat ke white board kerana kat situ ada no telefon pegawai perubatan yang bertugas pada waktu itu..kira on call ler suami aku pun telefon ler...dan minta datang ke klinik dengan segera, aku terbaca kat board tu sekiranya ada berlaku kecemasan seperti kena sengatan ular, lipan dan apa lagi lah..leh telefon dan akan di layan.  Berapa minit kemudian sampailah beliau ..aku tak pasti Medical Asisstant ke Nurse ke aku tak pasti sebab pada masa tu aku hanya pikir anak aku yang asyik menangis.  Aku dan suami maklum kepada Encik tu yang kemungkinan anak kami kena gigit lipan dan beliau tengok ke pipi anak aku dan berkata dari segi gigitan tu memang lipan...fuhh..tak senang duduk aku dibuatnya, Encik tu kata kalu 6 tahun ke atas dia leh bagi beberapa injection tapi nie bawah 6 tahun kena bagi ubat sahaja...pada masa tu juga Encik tu bagi makan 3 jenis ubat tak silap, tapi aku tak ingat ubat apa.

Alhamdulillah setelah setengah jam kemudian anak aku mula perlahan menangis dan dia boleh tidur balik setelah berjam-jam menangis mungkin kepenatan agaknya sebab menahan sakit, apa lah rasanya.kalu boleh sakit tu pindah ke aku nak jer aku amik,  makcik aku cerita yang ada sepupu aku terkena sengat lipan terus pengsan dan ada juga yang boleh membawa maut.  Kesian anakku Daniya...Alahmdulillah menjelang pagi anak aku dah semakin beransur ok dan tidak lagi menangis..Inilah kenangan Raya aku pada tahun lepas, aku berdoa dan berharap agar Raya tahun nie menjadi Raya yang penuh makna dan keberkatan....amin...


Lebih kurang beginilah rupa lipan yang sengat pipi anak aku

Malam berikutnya pakcik aku berjaya mengatuk lipan tersebut sampai mati..berani dia muncul balik yer..apa lagi memang cari nahas ah...:)

2 ulasan:

ariana berkata... JOM Reply

eiii.gelinya lipan..alhamdulillah, anak tak de apa2 ye..

ummiP3 berkata... JOM Reply

@ariana's alhamdulillah takder apa2...