Ya Allah pagi-pagi lagi kesabaran ku telah teruji di bulan Ramadhan nie...hari nie dua kali aku tersentuh hati dek mulut orang....wahai manusia ...bukan berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga sahaja...malah tutur kata juga kena berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata. Bulan puasa nie kurang-kurangkanlah bercakap banyak bukan apa takut-takut ayat yang dikeluarkan boleh menyentuh hati dan perasaan orang (aku juga mengingatkan diri ku sendiri) Kesabaranku teruji kot...rasa macam nak balas jer tapi aku masih berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.....sob..sob..sob....
Di dalam ibadah puasa, terdapat tiga jenis kesabaran:
(1)Sabar menunaikan kewajiban Allah (puasa fardhu).
(2)Sabar dari pada melakukan maksiat kepada-Nya. Ini karena orang yang berpuasa meninggalkan syahwatnya karena Allah, sesuai dengan maksud hadis yang menegaskan, “Bahwa tiap-tiap amal anak Adam adalah baginya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah bagi-Ku dan Akulah pula yang akan membalasnya. Kerana dia meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya kerana Aku.”
(3)Sabar atas segala takdir kesusahan lapar dan dahaga selama puasa. Dan kerana ini Rasulullah s.a.w. menamakan bulan puasa sebagai `bulan sabar’.
Semoga Allah menggolongkan kita semua termasuk di kalangan orang-orang mukmin yang bersifat meminta tolong dengan sabar, menunaikan kewajiban dengan sabar dan termasuk orang yang sabar atas cubaan_Nya. Aamin.....
2 ulasan:
sama-samalah kita bersabar di bulan posa ni yee....aduhai la mulut manusia ni...
akak..selamat berpuasa...
heehhehe..dugaan tu kak..kene banyak bersabau..byk hikmahnya..
ceria selalu ye..:)
Catat Ulasan