Isnin, 22 Ogos 2011

Jasad Disini Roh dah balik ke Kampung

Hai..minggu-minggu terakhir Ramadhan nie sepatutnya kita lebihkan beribadat coz pahalanya besar dan berganda..dan malam mencari Lailatul qadar tapi makin ramai yang plak yang sibuk ke kompleks membeli -belah dah beli pastu belah lah we.. ramai lagi yang nak beli plak hehehe....sesak bangat kot sampai ada yang leh pengsan...berasak-asak semasa nak memilih dan nak membayar..dasyat-dasyat orang-orang membeli macam lepas nie sume kompleks membeli -belah dah nak tutup..hahahaha ( termasuk aku lah tu-bawa menugcap Ummi) selagi tak habis duit selagi tu ada jer nak membeli.

Ha..kebiasaannya di pejabat-pejabat pun mood nak buat kerja dan hilang melayang..mood Raya dah mai..dah pikir kampung  halaman..bak kata aku..jasad jer di KL roh dah sampai dah di nun jauh di sana, hai namanya pun manusia biasa kan.  Nak-nak plak lagu raya asyik kedengaran jer kat cuping telinga kan.  Ingat bukan semua gembira di saat raya ada juga golongan yang bersedih bila teringatkan seseorang yang telah pergi wat selamanya dan bagi golongan yang kurang berkemampuan juga turut bersedih kerana tidak mampu untuk menyediakan kelengkapan untuk berhari raya, jadi bagi yang berkemampuan tu hulur-hulurkan bantuan.  Aku sendiri pun baru mendapat berita yang seorang lagi sepupu aku di Medan, Indonesia telah kembali  ke Rahmatullah akibat Hepatitis..Al-Fatihah...amin moga rohnya dicucuri rahmat..InsyaAllah.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.


1 ulasan:

.dida mumin♥ berkata... JOM Reply

ummip3..nak komen part tajuk tu...paling sesuai utk aku dalam situasi sekarang...hahah ;)