Jumaat, 12 Ogos 2011

Al-Kisah Solat Jumaat


Huh...Teringat lah plak...satu kisah lawak nie....perkara nie terjadi pada kawan lelaki aku di KEMAS Wilayah beberapa tahun yang dahulu.  Masa tu kami nie semua kakitangan awam lantikan baru ada lelaki dan ramai perempuan..so baru kenal-kenal antara satu sama lain...satu Jumaat tu kawan aku nie nak gi solat Jumaat di Masjid sekitar KL nie lah...dia nak pinjam sejadah orang pompuan coz dia kata nanti mesti kena sembahyang kat luar..mesti tak cukup sejadah so baik bawak siap-siap.

Kawan aku yang pompuan nie bagi ler pinjam sejadah dia..kawan aku yang lelaki nie gi lah amik sendiri dalam almarai ke beg kawan perempuan aku nie...dia main ambik jer..tak nengok lansung apa yang ada dalam sejadah tu..hangkut...dan terus je menuju ke Masjid.

Maka sampailah si kawan lelaki aku nie di Masjid..dengan penuh semangat dan kusyuk nya kawan aku nie nak mulakan solat dia pun hamparkanlah sejadah yang dipinjamnya tadi...aduh....tengah duk bentang sejadah tu..baik punya...maka ada sesuatu yang sama terhampar sekali dan berguling-guling...nak tau apa dia...hehehehe TELEKUNG...apa kes orang lelaki sembahyang pakai telekung...apa lagi ...abis..hilang kusyuk kekawan yang lain nak solat..diorang plak rasa nak tergelak sambil terguling-guling...kawan aku nie apa lagi...wat bodoh jer tarik...telekung tu perlahan-lahan simpan kat tepi dia....tulah..main amik jer tak tengok apa isinya..nasib baik telekung..kalau barang make up ker atau...hohoho kalu pad yg orang pompuan dok pakai sebulan sekali tu..ha ..lagi naya..

Pengajaran dari kisah kawan aku nie.....ha lain kali nak gi solat Jumaat tu gi awal-awal amik barisan hadapan...baru dapat tempat dan tak perlu sembahyang kat luar....

Tiada ulasan: