Di suatu petang yang cerah, Pak Pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa. Antara ceramah nya adalah membaca doa sebelum makan.
" Ya tuan-tuan... sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang, " kata ustaz itu.
Lalu Pak Pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tu. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.
Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?"
"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka setan tu... terberak-berak makan julap... puas ati aku... muahahahahahaha!
Sesungguhnya, niat Pak Pandir memang suci. Lagi pun, bulan puasa mana ader setan kan? Suma dah kena penjara.... heeee!
Malam Lailatul Qadar
"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.
"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil... dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Memang ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatul Qadar, abaaah," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala hotak engkau. Berapa lama engkau tak pegi masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah ubah suai masjid la. Bumbung masjid bocor... pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah... bodoh," sambung abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan