Selasa, 23 Ogos 2011

Patung monyet diguna untuk cegah pandu laju

Patung monyet diguna untuk cegah pandu laju



CHANGSA - Polis China menggunakan patung-patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Patung-patung itu diletakkan di tepi jalan raya di bandar ini.
Beberapa pegawai undang-undang di bandar ini berharap patung yang ganjil itu akan dapat memberi peringatan kepada pemandu supaya jangan melanggar undang-undang.
Salah satu daripada idea unik itu dilaksanakan di sebatang pokok.
Beberapa patung monyet yang memakai jaket tersebut berlonggok di pokok tersebut.
Salah satu patung tersebut dilihat bergayut pada dahan pokok itu. - Agensi


ssshhhhh.. suami saya selalu marahkan GPS coz bila lebih had laju jer GPS bising suruh kurangkan had kelajuan...dasyat betuk zaman sekarang nie canggih...GPS leh detect kelajuan kereta ngan keadaan sekeliling berapa had kelajuan yang dibenarkan di sesuatu kawasan...al maklum guna satelit lah katakan....

1 ulasan:

.dida mumin♥ berkata... JOM Reply

kreatif nya!!!

p/s : Suruh suami ko marah balik GPS tu..hahaha