Khamis, 30 Jun 2011

Adakah anda ada tanda-tanda penyakit ini ?

Nie ada sedikit info mengenai Sinus, aku sendiri menghadapi masalah sinus nie dan aku pernah dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan sinus di Hospital, Pusrawi pada Februari 2010.  Doktor memberitahu  aku yang  perlunya pembedahan tersebut dilakukan kerana takut  ianya sudah menjadi barah,  sebab ada beberapa orang pesakit beliau  sudah terdapat sel-sel barah, huhu takut jadi aku turutilah nasihat doktor tersebut beliau juga merupakan pakar dalam ENT nie tak silap. Sebelum nie aku pernah 2 kali pembedahan caesarean kan tapi yang tu pembedahan dijalankan secara separuh sedar tapi yang pembedahan sinus nie tak sedar lansung ah...coz ia dilakukan di bahagian muka iaitu di sekeliling hidung..tapi takder lah belah bahagian hidung nie , kalu tak habis ah berparut muka aku..huhuhu dia masuk tiub rasanya coz lepas aku sedarkan diri apabila selesai jer pembedahan  aku rasa rongga hidung aku nie sakit lepas tu doktor nasihatkan aku jagar tidak menghembus hidung terlalu kuat coz nanti keluar darah....Doktor juga tunjuk kepada aku apa yang ada di bahagian hidung aku yang telah dikeluarkan melalui pembedahan tersebut..ternyata..eeee...geli kot tak yah aku tunjuk yer. 

Selepas aku menjalani pembedahan tersebut memang ada selsema sikit, aku pun buang lah hingus yang ada tak selesa kan tak bernafas...ooooo banyak oo darah keluar takut aku...kekadang tu berketul-ketul darah tu keluar nie kesan dari pembedahan tersebut barangkali.  Selepas beberapa bulan daripada pembedahan sinus aku dah takder masalah bersin yang melampau pada waktu pagi dan hampir setahun aku tak mengalami masalah selsema..kira mujarab ah...tapi tak pantang makan..asyik pantang jumpa jer...nie ada balik dah maslah sinus aku nie..huhuhu.mei kita baca info mengenai sinus..jom kita layan.....



Apakah Sinus?Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bahagian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman
bakteria akan membiak dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.


Boleh Membawa Maut

Ramai beranggapan rawatan penyakit resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini?

Penyakit resdung sememangnya tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal
telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung.

Resdung merupakan sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Siapa Yang Berisiko?

Mereka yang :

* Alah kepada habuk, debu dan asap
* Elergi kepada makanan laut, pisang dll
* Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
* Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Komplikasi

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada
kanak-kanak dan orang dewasa.

Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi
buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Dewasa


Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam
otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat.

Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40%.

Tanda-tanda Awal

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan :

Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung
-
Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran

Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Dada
-
Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
-
Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Peringkat Rawatan

* Peringkat 1 : Memakan ubat-ubat yang diberi oleh doktor biasa
* Peringkat 2 : Meletakkan ubat pada bahagian dalam badan oleh pakar
* Peringkat 3 : Pembedahan pada bahagian-bahagian berkenaan oleh pakar

6 ulasan:

Unknown berkata... JOM Reply

erk...tatotnye....mcm ade sikit2 tanda tu...biase g klinik die bg ubat biase aje..xde cek2 ke ape

ummiP3 berkata... JOM Reply

dah ada tanda sikit sikit takut jadi banyak...mencegah lebih baik dari mengubati..hehehehe

Tanpa Nama berkata... JOM Reply

Salam, nk tny lepas pembedahan berapa lama br sembuh sepenuhnye?

Red Blooded Women berkata... JOM Reply

Saya pernah melakukan pembedahan hidung sinus...omg sakitnya..amik masa sebulan lbh utk saya recover dr pembedahan..fyi, masa saya kena bedah tu saya mengalami komplikasi pendarahan..so saya kena tahan kat wad sepatutnya sehari dua jd seminggu..tp jgn risau setiap pembedahan mmg ada risiko mmg doc dh terangkan sebelum pembedahan...tp lepas pembedahan 7-8 bln saya xde kena selesema..masa tu mmg happy la sbb lepas hidung saya baik baru blh rasa angin or udara masuk hidung..if not dulu lubang sempit mmg sng sumbat. tp one day i terkena selesema yg berpjgn..mkn ubat selesema biaasa x jln pn..bila dh 2 minggu selesema gi blk la kat hosp..guess what sinus dtg blk sbb hidung msh sensitive...doc bg nasihat kena pantang mkn n sentiasa cuci hidung dgn air garam n pelbagai spray hidung yg lain...doc kata penyakit ni x blh nk sembuh sepenuhnya sbb ni allergies..apa kita blh buat kena sentiasa jaga kebersihan hidung n gunakan spray yg doc prescribed tu..kalau nk lebih senang, buat allergy test supaya lebih sng prevent penyakit sinus...dlm byk2 spray yg doc bg the best spray yg plg saya suka ialah Omnaris..tp spray ni lg mhl la dr spray lain mcm nasonex or etc...moral of da story kena pantang mkn jgkn matter what n pastikan stok ubat cetrizine ada sekiranya ada termkn benda yg blh mendtgkn alahan..

Ubat Resdung berkata... JOM Reply

Untuk pengetahuan, saya ada membaca artikel-artikel di google mengenai sinus yang mana penyakit ini tidak dapat dihapuskan 100% , hanya dapat dikawal dan dikurangkan sahaja. Bukanlah niat untuk mempromosi ubat sy, tapi apa yg saya dapati pengguna ubat resdung saya kebanyakannya memberi testimoni yg positif bahkan ada pesakit sinus level 2 yang sudah semakin pulih dan tidak memerlukan rawatan bulanan di pusat rawatan resdung lagi, tambahan lagi doktor Klinik Keluarga & Surgeri Bandar Baru Sungai Buloh pun mencadangkan ubat ini. Alhamdulillah. Dan akhir kata, bukanlah sesuatu ubat atau servis itu yg menyembuhkan walaupun jutaan ringgit dikeluarkan, tetapi yg maha menyembuhkan itu adalah ALLAH (As Syafi) . Ada orang yg sembuh kerana ubat A , ada pula yg sembuh kerana ubat B, smua itu hanya USAHA kita. Insyaallah.

http://www.Ubat-Resdung.com
017-5601956

Tanpa Nama berkata... JOM Reply

akak, boleh tau kenapa kena bedah? sebab maxillary sinus ke, polyps ke?