Selasa, 14 Jun 2011

Hari Menderma Darah Sedunia dan Pengalaman Aku Menderma Darah

Tahukah anda bahawa tarikh 14 Jun merupakan hari menderma darah sedunia?
Tarikh ini telah dipilih oleh World Health Organization (WHO) sebagai World Blood Donor Day. Pada hari ini khususnya, segala perhatian diberikan untuk memberitahu dan menekankan kepada orang ramai betapa pentingnya darah yang didermakan kepada orang-orang yang memerlukan. Masih banyak negara-negara yang kekurangan darah terutamanya negara-negara yang sedang berkembang.
Jadi, marilah kita bersama-sama mendermakan darah untuk mereka yang memerlukan.
Tema tahun ini adalah, “More blood. More life.”



PENGALAMAN AKU MENDERMA DARAH

First time aku menderma darah masa zaman kat Kolej dulu tak silap tahun 2000 takder apa-apa persaan takut pun..coz kekawan sume ok jer yang menderma, yang bestnya kempen nie diadakan atas inisiatif dan semangat group aku.  Oleh kerana mendapat sambutan yang hangat dari semua student so pada tahun yang sama juga kalu tak silap group kami yang diketuai oleh Adam berjaya mengadakan Kempen Derma Darah sekali lagi, alhamdulillah sekali lagi juga mendapat sambutan dari pensyarah dan juga student.  Ermmm kali kedua nie pun aku tak ketinggalan untuk menderma darah, buka semua orang layak untuk menderma ada syarat-syarat dan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang di antaranya :




Pengalaman aku menderma darah buat kali ketiga pula semasa aku bekerja di Ibu Pejabat PERKESO dulu di mana pada masa itu aku seoarang jer wakil dari Bahagian Sistem Maklumat yang lain katanya takut lah apa lah..takper lah tu pendapat masing-masing kan, wa yang bestnya aku siap bergambar ngan menteri lagi tu Menteri Sumber Manusia masa masa tu aku tengah duk atas katil sambil menderma darah.....tapi yang tak bestnya masuk dalam surat khabar Cina...takder plak aku nak membelinya...yer. 
Beberpa tahun selepas itu baru terdetik di hati aku nie untuk menderma darah kembali...ceh lama tu kan..mana taknya selama aku tak menderma darah tu aku mengandung dan sebaganinya so mana boleh menderma darah.  So, sekarang aku merasakan diri aku dah boleh untuk menderma sarah semula,  aku pun pergi lah ujian saringan untuk menderma, masa tu kempen di Wisma Sime Darby bangunan tempat aku bekerja sekarang nie,  bila soal selidik dengan doktor aku gagal untuk melepas ujina saringan ke dua iaitu berjumpa dengan doktor saringan pertama lepas coz kandungan darah dan kepekatan darah semua cukup.  Doktor tanya kepada aku ada tak menjalani pembedahan  6 bulan sebelum tarikh hari aku hendak menderma tu,  dengan jujrnya aku menjawab ada doktor saya baru 4 bulan menjalani pembedahan sinus di PUSRAWI aduh....sedihnya hati ini..kecewa semua ada coz aku gagal untuk menderma darah.  Aku memjujuk hati ini dan berazam selapas tamat tempoh 6 bulan aku akan cari lagi mana tempat yang mengadakan kempen derma darah aku akan derma.
Selepas 6 bulan tempoh tersebut, kebetulan di tempat kerja suami ada mengadakan Kempen Derma DARAH anjuran PERKESO KL.  Aku pun apa lagi semangat lah mohon keluar pejabat untuk pergi menderma semangat nie...aku masuk lah wat ujian saringan untuk menderma...seperti biasa aku lepas saringan pertama....tapi...jeng..jeng..jeng...sakli lagi aku GAGAL melepasi saringan bila berjumpa dengan doktor, kali nie soalan dia plak  awak ada asma kan, saya pun menjawab ia lalu doktor tanya apa jenis ubat yang aku ambil untuk penyakit asma aku lalu  aku pun menjawab dengan sejujur-jujurnya lagi ubat yang aku ambil ialah jenis Symbicort Turbuhaler maka doktor pun berkata awak tidak layak untuk menderma kerna ubat jenis itu mengandungi steroid didalamnya dan steroid tersebut sudah berada dalam darah sekiranya hendak menderma juga kena tunggu 6 bulan lagi baru boleh menderma...aduh..duh..duh...duh...duh...sabor jer lah kan Selepas pada itu aku terus singkirkan buku merah aku itu, buku derma darah...bukan kerana aku kecewa atau putus asa untuk menderma tetapi kerana aku takkan layak sampai bila-bila sebab aku wajib  mengambil Symbicort Turbuhaler tersebut setiap hari bagi menghindarkan, memulihkan dan mengubati  aku dari penyakit ku,  Asma. 
Saranan aku kepada semua pembaca marilah menderma darah sekiranya anda layak untuk menderma, mana tahu suatu hari nanti di kalangan keluarga kita sendiri memelukannya.  Sekian......

Tiada ulasan: