Hari Pertama
Jumaat/03 Jun 2011
Bertolak dari KL menuju ke Kuantan Tembeling Resort, Pahang pada pukul 9.30 pagi. Berjanji dengan papa dan mama di Stesyen Minyak BHP selepas tol gombak ramai gak yang jadikan tempat nie port berkumpul di antaranya geng motor besar dan Kelab Honda Stream kalu tak silap meriah suasana, kali nie aku gi bercuti 2 famili jer adikku Molly dan Dis tak ikut sama masing-masing ada hal. Keadaan jalan pun ok clear takder jem maka aku tiba di Kuantan dalam jam 12.30 tengahari so apa lagi terus gi soru ah di tepi sungai Kuantai tu..nak rasa sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai Kuantan .hehehehe.
Jam 2 petang tibalah aku di Kuantn Tembeling Resort, ini adalah kali kedua aku ke tempat nie tempatnya sunyi aman dan dan damai. Rupa-rupanya resort nie separuh apartmentnya telah didiami oleh tuan rumah itu sendiri maka prosedur nak masuk dan nak mandi kolam agak ketat yer ah mana tau ada orang luar pun turut sama terjun ke dalam kolam tu.....Petang tu gak aku, suami dan anak-anak terjun ke kolam coz anak aku asyik duk tuntut jer bila nak mandi kolam nie Ummi.
Aktiviti malam plak makan time....nak mencari apa ah yang specialnya makanan atau masakan yang terkenal di Pahang nie yer, aku teringat plak pada Satay Zul satu masa dulu aku pernah Kursus di area nie kawan aku pernah bawa aku makan kat situ...wa ramainya manusia yang makan kat situ..nyum..nyummm mesti sedap nie Cina plak tu yg ramai, susah plak tu aku nak dapat tempat nak duduk makan nie....yang dah abis makan tu tak reti-reti nak bangun yer sabor jer lah aku kan....
Hari Kedua
04 Jun 2011/Sabtu
Misi bermula......selepas check out dari Kuantan Tembeling Resort aku dan famili terus menuju ke Pekan, Pahang dimana rumah yang dahulunya pernah disewa oleh papa aku masa zaman bujang dolu dan bersebelahan dengan rumah tersbut rumah kakak angkat papa aku yang telah menjaga mama aku semasa mama aku dalam pantang melahirkan aku. Keluarga angkat tersebut dikatakan terlalu baik dan sudah dinggap macam keluarga sendiri, tapi malangnya menurut penghuni sekarang kakak angkat mama aku telah pun berpindah tapi yang selamatnya yang masih tinggal di rumah tersebut bukan orang lain pun anak dan cucu beliau sendiri yag menetap di rumah tersebut...syukur alhamdulillah masih ada jalan untuk bertemu dengan insan yang dipanggil Kak Ros. Kebetulan mama dan papa juga kenal dengan mak ayah budak-budak tersebut anak kepada Kak Ros tu dan habis semua nama mama dan papa aku tanya yang si polan nie duk mana yang tu duk mana.....dah macam soal siasat lah plak kesian diorang, budak-budak tu bgtau yang ibu diorang berniaga di Food Court Pasaraya Eng Hong bersebelahan dengan Shell katanya...maka kitaorang pun apa lagi shoot plak ke Food Court tersebut dengan harapan dapat berjumpa dengan insan-insan yang teringin sangat mama aku nak jumpa hehehehe. Nie ada sedikit gambar yang boleh di kongsi bersama....
rumah nie dikatakan pernah didiami oleh Kak Ros sebelum beliau berpindah ke rumah baru beliau dan di rumah inilah mama aku tinggal semasa berpantang selepas melahirkan aku
rumah nie plak adalah rumah yang pernah papa aku sewa masa papa aku bujang-bujang dolu...sebelum kahwin ngan mama aku ah...
Dua puteri hatiku nie nak duk dalam kereta jer katanya tak nak turun panas......
Yang nie plak anak kepada Kak Ros (kakak angkat mama dan papa aku) Faridah namanya...
Keboringan melanda anakku kerna opah dan Tok Wan nya exited jumpa keluarga angkatnya
Yang pakai tudung coklat tu lah Kak Ros namanya...kakak angkat yang dicari-caari oleh mama dan papa aku...malam tu kitaorang di ajak tidur ke rumahnya yang godang @ besar bangat kot...siap ada maid dan tukang kebun menurut sumber arwah suaminya baru jer meninggal lebih kurang 3 bulan yang lalu.....
Nantikan sambungganya sebantar lagi.....zasssss
Tiada ulasan:
Catat Ulasan