Papaku bersama adiknya.....( yang di sebalah kanan tu papa aku..hensem kan...)
SELAMAT HARI BAPA
Buat papaku yang tersayang, Selamat Hari Bapa....
MOHD ISHAK BIN ABD HAMID
kakak menyayagimu....terima kasih atas segalanya yang telah papa curahkan kepada kakak dan adik-adik...jasamu, dan kasihmu tidak terbalas oleh kami semua.
Aku merupakan anak sulung daripada 5 beradik, 3 orang perempuan dan 2 orang anak lelaki, kami berlima diberikan nama yang agak unik dan panjang saya sendiri Pitriya Ismayanty adik kedua Diswadi Sapitra seterusnya Wiza Molyda, Hijratul Mina Lia dan anak bongsu kesayangannya ( dah tingkatan 4 pun ) Ibnu Qhalis.
Papa ku bekerja sendiri sejak aku masih kecil lagi...kerja yang beliau buat amat berat pada pandangan aku...orang lain bekerja di dalam penghawa dingin, mengadap komputer dan di kelilingi kertas dan surat-surat....tetapi bukan pada papaku. Papa ku di kelilingi alat-alat seperti hammer, spanar, screw driver dan pelbagai peralatan yang diperlukan untuk memasang body bas. Papaku merupakan seorang kontraktor bas, kerja beliau memasang body bas, cermin, kerusi dan sebagainya..bayangkan beliau kena mengangkat semua perkara tersebut di mana semuanya berukuran atau mempunyai saiz yang agak besar dan berat, cermin bas bukannya kecil kalau terjatuh dan pecah terpaksa lah beliau ganti dengan duit poket beliau sendiri. Keja-kerja yang beliau buat adalah amat berbahaya, beliau kena memanjat atas body bas, merangkak di bawah bas untuk memasang apa yang perlu dan macam-macam lagi, kadang -kala dia pesan kepada anak-anak...jangan dekat dengan papa, badan papa gatal-gatal nie ada fiber...(aku pun tak pasti apa yang dibuatnya dengan fiber tu) mungkin salah satu proses yang perlu dilakukan semasa memasang body bas. Keringat peluh beliau membesarkan kami adik-beradik amat hargai dan kenang sampai bila-bila. Maklumlah berkerja sendiri nie ada pasang surutnya kadang lebih dan kadang cukup untuk keperluan sahaja.
Kini aku bersyukur kepadamu ya Allah kerana papaku telah mempunyai syarikat atau bengkel membaiki bas beliau sendiri yang beroperasi di Kajang dan Sungai Tua. Rezeki papa semakin bertambah, rezeki adik-adik aku lah tu, 2 orang lagi adikku yang masih tinggal bersama papa dan mamaku seorang masih belajar di IPT dan seoarang lagi masih bersekolah, jadi rezeki merekalah dapat apa sahaja yang mereka hajatkan, caap jer papa nak ini..apa nak itu....aku tak cemburu pun...dah rezeki diorang. Aku sendiri pun anak manja papa dulu...papa tu apa-apa yang beliau nak menjerit lah beliau....kakak !!!!! aku pun datang lah aku ingat lagi dulu masa tingkatan 3 aku merajuk papa aku masih sanggup mendukung aku...huhuhuhu..sekarang dah berat sangat ta dayo nya papa nak angkat. Teringat semasa aku nak menikah dulu papa aku yang nikahkan aku dan suami, beliau beberapa kali asyik tersasul semasa akad dilakukan sepatutnya suami aku yang menggigil sebab bapa mertua yang nikahkan sendiri hehehe susah sangat agaknya nak lepaskan anak sulungnya yang sorang nie...apa-apa pun TERIMA KASIH papa atas segalanya...Love u so much begitu juga buat mama ....ummmwahhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan