Rabu, 29 Jun 2011

Wah!!!...lepas nie Facebook, Twitter dan sewaktu dengannya ada saingan baru....

Google perkenalkan laman sosial terbaru saingi Facebook


WASHINGTON: Enjin pencarian internet terkenal dunia, Google melancarkan laman sosial terbaru bagi menyaingi Facebook yang dipanggil Google+.

"Perkongsian secara dalam talian sedang berada dalam keadaan serba salah. Malah sudah pecah dan kami ingin memperbaikinya," kata Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Google, Vic Gundotra dalam blog mengenai inisiatif laman sosial yang dinanti-nantikan syarikat berkenaan.

Ketika memperkenalkan Google+, Gundotra berkata, keupayaannya ialah membolehkan pengguna membezakan kawan secara dalam talian dan keluarga dalam "bulatan" berbeza atau rangkaian dan berkongsi maklumat hanya dengan ahli dalam bulatan berkenaan.

Salah satu kritikan terhadap Facebook ialah sebarang kemas kini dikongsi semua kawan kecuali pengguna membuat Kumpulan Fecebook berbeza. - AFP