Persoalannya adakah Facebook juga akan mengalami nasib yang sama iaitu zaman kejatuhan seperti Friendster dan My Space ? Hidup ini umpama roda ada zaman kebangkitan dan zaman kejatuhan betul tak ? kerana ia sudah dinggap tidak up to date, akan tetapi dalam bidang IT nie kalau dan jatuh agak sukar untuk bangkit semula. Manusia pada zaman kini sentiasa akan mengikuti perubahan dan kemajuan terutamanya dalam bidang IT dan web ada sahaja web terbaru yang lebih canggih dan mudah dan mesra penggunaannya.
Saya rasa selepas facebook berkemungkinan Twitter pula akan naik rating penggunaannya ( ini pendapat saya ) tapi mana tahu ada pula yang akan menggantikan kedua-dua web tersebut. Semua perkara ada positif dan negatifnya, contohnya Facebook , sekiranya seseoarang itu menggunakannya untuk jalan kebaikan maka baiklah jadinya begitu juga sebaliknya kerana facebook saya boleh jumpa kawan-kawan lama dan kerana facebook juga ada yang bergaduh dan sebagainya. Semua orang ada pendapat dan pandangan masing-masing.
Di sini saya ada sertakan petikan yang saya ambil dari Surat Khabar Kosmo mengenai Facebook...jom kita baca....
BRITAIN - Penutupan akaun laman jaringan sosial Facebook yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini seolah-olah menjadi petanda kepada permulaan zaman lesu laman web tersebut.
Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook.
"Adalah sesuatu yang normal bagi seseorang individu teruja menggunakan sesuatu yang baru. Dia kemudian akan berasa bosan dan beralih pada perkara baru," katanya.
Kajian berkaitan penggunaan Facebook yang dijalankan di United Kingdom (UK) menunjukkan sebanyak 100,000 pengguna di Britain telah menutup akaun mereka sejak bulan lalu.
Penutupan secara mendadak itu turut dikaitkan dengan kebimbangan pengguna Facebook mengenai pencerobohan data dan maklumat peribadi mereka. Malah, timbul spekulasi bahawa laman Facebook juga bakal berdepan waktu suram seperti yang dialami MySpace dan Friendster.
Awal tahun ini, para eksekutif Facebook mengumumkan jumlah pengguna laman web itu UK mencecah 30 juta, iaitu separuh daripada populasi penduduk UK.
Di Amerika Syarikat (AS), jumlah pengguna Facebook juga jatuh merudum kepada 149.4 juta pengguna berbanding 155.2 juta sebelum ini. - Agensi
Petikan Dari Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan