Isnin, 20 Jun 2011

Kelab Taat Suami lah plak.......

Hoohohohoho nie bukan berlaku di Malaysia yer (tapi dengar cerita ada juga cawangannya di Malaysia nie)....cukup lah dengan kontroversi Kelab Isteri Taat yang heboh dan hangat diperkatan di Malaysia sehinggakan ianya dikecam oleh banyak pihak.  Nie nak cerita menganai Kelab Taat Suami yang baru dilancarkan di Jakarta, Indonesia. Fuh !!! macam-macam hal..rasanya kalau semua manusia tahu tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing....misalnya tahu tentang apa yang harus..apa yang wajib dan apa yang tak boleh dan apa pula yang haram   dalam melayari bahtera berumah tangga nie tak perlu lah segala kelab mat lab nie...kan ( nie pendapat aku lah )

Kelab Taat Suami dilancar di Indonesia

JAKARTA - Sebuah kelab baharu di Indonesia yang menggalakkan wanita untuk benar-benar taat kepada suami mereka dan memberi tumpuan terhadap kepuasan seksual telah mendapat bantahan dalam kalangan beberapa aktivis.
Kelab Taat Suami cawangan Indonesia mendakwa mempunyai 300 ahli di beberapa bandar raya di negara ini.
Ia merupakan cawangan Kelab Isteri Taat yang ditubuhan di Malaysia awal bulan ini.
Ketua kumpulan, Gina Puspita memberitahu, kelab tersebut turut menawarkan pakej pembelajaran termasuk bagaimana cara terbaik untuk melayan suami di atas katil.
"Seorang isteri haruslah taat seratus peratus kepada suami terutamanya layanan seks," katanya.
Kira-kira 50 wanita dan suami masing-masing hadir ketika majlis perasmian cawangan kelab di Indonesia itu diadakan di sebuah restoran di selatan Jakarta.
Penganjur juga mendakwa mereka boleh mengatasi masalah pelacuran dan perceraian apabila memberi tunjuk ajar kepada wanita untuk membolehkan suami sentiasa gembira di bilik tidur.
Pesuruhjaya sebuah pertubuhan hak asasi wanita di Indonesia, Husein Muhammad berkata semalam: "Kelab seperti ini adalah sia-sia dan ia tidak akan mendapat sokongan di negara ini. Ketaatan haruslah datang daripada kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri."
Pada tahun 2009, kumpulan yang sama di belakang Kelab Isteri Taat telah menubuhkan Kelab Poligami di Indonesia. - AP

2 ulasan:

.dida mumin♥ berkata... JOM Reply

Nak taat apanya lgi??adehh..dulu isteri taat, sekarang suami taat pula..esok ada pula kelab-taat mentaati..hahaha

nabila faryzza berkata... JOM Reply

adeyh! macam macam dah sekarang