Jumaat, 10 Jun 2011
Facebook & Twitter Memberi Kesan Terhadap Kerjaya @ Karier Anda
TIP YANG PELU ANDA IKUTI
Asingkan Urusan Peribadi Dengan Urusan Pejabat
Jangan sekali-kali anda mencampur uruan pejabat dan urusan peribadi di laman sosial. Terutamanya urusan di pekerjaan, rasanya tiak elok di masukkan ke dalam laman sosial kerana ianya boleh dibaca dan diketahui oleh pihak atasan anda dan ia boleh menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari.
Jangan Lupa 'log-off' komputer
Jangan sekali-kali meninggalkan komputer anda ketika masih aktif lebih-lebih lagi ketika anda sedang membuka laman sosial, di mana ia boleh diceroboh oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan kemungkinan orang tersebut boleh menulis sebarangan di status anda.
Patuh peraturan pejabat
Anda perlu mengetahui sebarang peraturan yang telah termaktub di pejabat anda misalnya ada pejabat yang hanya membenarkan penggunaan laman sosial pada waktu rehat sahaja. Ptuhi dan ikutilah peraturan yang telah ditetapkan.
Kemaskini laman sosial anda ketika makan tengahari
Sebaik-baiknya anda kemasikini laman sosial anda pada waktu rehat iaitu waktu tengahari kera ianya antara masa yang bebas untuk anda. Rasanya sudah memadai hanya 1 status sahaja sehari.
Berhati-hati ketika menaip komen
Kurang kan tabiat suka komen satus orang, rasanya lebih baik jadi pendengar dan pembaca yang setia sahaja. Jangan suka komen sesuka hati anda kerana ia membolehkan orang yang membaca menilai peribadi anda.
Berhati-hati ketika 'posting'
Fikir dulu sebelum 'posting sesuatu terutamanya sekiranya anda hendak meletakkan gambar, kerana mungkin ianya akan menjadi negatif di kemudian hari anda. Berhati-hatilah dalam berkongsi gambar dan video kerana ianya boleh menjadi perhatian masyarakat awam .
Labels:
esan Facebook dan Twitter
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan