Khamis, 16 Jun 2011

Kenapa Talian Internet di Pejabat Kerajaan Sangat Slow...Ini Jawapannya...

Salam dan Selamat Sejahtera..ceh macam nak berucap plak yer...aku tertanya-tanya kenapa lah line internet lately nie slow sangat dah puas aku scan virus dan buat defragment sume lah tapi tetap aja slow....rupa-rupanya web kerajaan kena godam jadi GITN (menurut info) ada tutup beberapa server dalam beberapa hari lah juga, jadi penggunaan internet agak terhad dan slow. Maka sekarang nie aku tengah bersabar dalam menjalankan tugas aku..hehehe cause aku nie duk kat unit yang jaga sistem HRMIS huhuh slow sesangat-sangat nak key in data dalam sistem tersebut ..sabor jer lah.


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan selepas digodam sejak kelmarin tetapi tiada data peribadi atau kewangan yang terancam, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Dalam serangan oleh kumpulan penggodam antarabangsa yang menggelar diri mereka "Anonymous", 51 laman web agensi kerajaan menjadi sasaran.
Serangan itu bermula lewat malam kelmarin susulan amaran kumpulan penggodam antarabangsa itu yang mendakwa kerajaan Malaysia mengenakan tapisan internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan SKMM.

Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran serangan. - Reuters


Sumber dari www.bharian.com.my


Berikut adalah di antara laman web yang telah digodam :-

SabahTourism.com
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia)
Tourism Malaysia
UiTM Penang
JBiotech
Social Welfare Department (Ezi2Care)
CIDB
Land Public Transport Commision
1Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
ASEANConnect
Malaysian Meteorological Service
Ministry of Education
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Bomba
TMNet
Perbendaharaan Malaysia
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Parlimen Malaysia
Malaysian Treasury
University Kebangsaan Malaysia
Jobs Malaysia
Information, Communications and Culture
Human Resouce Ministry
National Sports Council
Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Tiada ulasan: