Ahad, 31 Julai 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Buat semua yang beragama Islam Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak saya ucapkan....moga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang 
penuh pengertian dan bermakna buat kita semua...InsyaAllah.
Apa yang paling sinonim dengan bulan Ramadhan nie.....sudah semestinya kurma kan.....waktu sahur dan waktu berbuka kebiasaanya wajib kita menjamah kurma walau cuma sebiji...nie ada sedikit info mengenai Khasiat Buah Kurma.

KHASIAT BUAH KURMA


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
h_dd27.jpg (32536 bytes)
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Jumaat, 29 Julai 2011

Port Luck Bahagian Pengurusan Sumber Manusia JAPEN


Semalam...28 Julai 2011/Khamis geng-geng PSM Jabatan Penerangan, Wisma Sime Darby wat 'Port Luck' apa lagi..masing-masing menunjukkan bakat dalam bidang masak memasak lah tak kira anak dara, mak dara atau Bapak dara....dari pagi sampai ke tengahari dan membawa sampai ke petang tak habis-habis lagi makanan tu..banyak dan sedap-sedap belaka...nak-nak plak masing-masing bawa menu yang menang dorang dah pakar...hehehehe aku bawa apa...ha apa lagi setelah di soal selidik dan dibuat kajian  sume permintaan Biskut Batik lagi tinggi dari Makaroni Goreng...wahhh!!! bawa 2 loyang selamat dikerjakan..:) kepada yang lain-lain yang terlibat secara lansung mahupun tidak saya ucapkan ribuan terima kasih yer...pasnie kita sume buka kedai makan yer...
Nie Model Makanan hagaknya...sabor jer ler
siap duk atas meja lagi...












Nie plak Geng baju hijau...nampak sangat si Azli tu kecik yer...( huhuhu ke aku yang besar sangat)
                                                                                                                                   










Bergambar dengan menu masing-masing...supaya orang tau yang dorang nie pandai masak ..peace 













Aksi-aksi sebelum melantak dan membaham makanan...















Bergambar selepas sumenya kekenyangan tak hingat...



 











Manis-manis warga PSM nie yer...amboi Midah ngan Dayah...posing kalah artis...:)














 
Saat sume dah kekenyangan...masih tetap nak berposing...


Hai...sedang menjamu selera pun ada gak yg rajin nk
amik gambor yer...

Bos besar PSM sedang kusyuk menjamu selera...tq En Baha coz
join kitaorang makan-makan

Terima Kasih diucapkan buat semua warga PSM Japen atas kesudian mebawa makanan dan tolong menghabiskan makanan....hehehehe

Gua 'Superman' @ Cueva de Los Cristales



       
Gambar di atas adalah gambar Gua Krsital atau juga dikenali sebagai gua Superman yang benar-benar wujuddan terletak di Mexico

  
Dua gambar di atas hanyalah sekadar khayalan atau gua yang hanya wujud dalam Filem Superman dimana dengan hanya menggunakan teknik CGI

LOMBONG NAICA, Mexico - Sebuah gua yang mengandungi gipsum berwarna putih kelihatan mirip gua dalam komik mengenai kisah adi wira, Superman yang ditemui di sini dicadangkan dijadikan warisan dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gua itu ditemui dua pelombong sepuluh tahun lalu dan dianggap fenomena ajaib di dunia.
"Ia salah sebuah daripada keajaiban dunia," kata seorang ahli geologi dari Institut Andaluz de Las Ciencias de la Tierra, Juanma Garcia Ruiz yang mengkaji lombong berkenaan.
"Gua itu merupakan sesuatu yang mengagumkan dan masih terdapat orang di Mexico yang tidak mengetahui betapa pentingnya ia dipelihara sebaik mungkin," tambahnya.
Pembentukan batang-batang umpama kristal itu yang terletak 290 meter di bawah permukaan Bumi terjadi apabila air yang amat panas menjadi sejuk dan tepu bersama gipsum.

Ia umpama gua yang terdapat dalam komik Superman yang dikenali sebagai Fortress of Solitude. - Agensi

Khamis, 28 Julai 2011

Yang mana satu idaman kalbu.....

Ku...uuuuuuuu di dalam di le ma......(versi KRU)

tkder dilema mana pun sajer jer...pada mulanya aku minat nak membeli
Samsung Galaxy Tab nie niat dihati jer...teringin nak beli...duitnya blum ada lagi...hohohoho tengah usha-usha jer nie..nak tau pa dia...jeng..jeng..jeng
Samsung Galaxy Tab
 

Nie spesifikasi / ciri-ciri yang ada pada Samsung Galaxy Tab
Spesifikasi Samsung Galaxy Tab 10.1
  • 10.1″ display (1280×800 pixels)
  • 1GHz Dual core processor
  • Android 3.0 Honeycomb
  • Dual surround sound speakers
  • HD recording and Full HD Playback
  • 8MP AF rear-facing and 2MP front-facing camera
  • 4G (HSPA+ 21Mbps)
  • Google services
  • Google books
  • G-Talk video chat
  • Gmail
  • Google calendar
  • Google maps
  • Google latitude, and etc
  • 10.1 Flash support full browsing
  • A-GPS (Google Turn-by-Turn Navigation support)
  • Wi-Fi 802.11b/g/n
  • Weigh 599g

tapi setelah keluar plak iklan baru....ada plak yg nie...
Blackberry Playbook


Nie ciri-ciri yang ada pada Blackberry Playbook


Spesifikasi Blackberry Playbook
  • 7-inch LCD, 1024 x 600, WSVGA, layar sentuh capacitive touch screen juga multi-touch dan support gesture (gerakan)
  • BlackBerry Tablet OS with support for symmetric multiprocessing
  • 1 GHz dual-core processor
  • 1 GB RAM
  • Dual HD cameras (3 MP front facing, 5 MP rear facing), supports 1080p HD video recording
  • Video playback: 1080p HD Video, H.264, MPEG, DivX, WMV
  • Audio playback: MP3, AAC, WMA
  • HDMI video output
  • Wi-Fi – 802.11 a/b/g/n
  • Bluetooth 2.1 + EDR
  • Connectors: microHDMI, microUSB, charging contacts
  • Open, flexible application platform with support for WebKit/HTML-5, Adobe Flash Player 10.1, Adobe Mobile AIR, Adobe Reader, POSIX, OpenGL, Java
  • Ultra thin and portable:
  • Measures 5.1″x7.6″x0.4″ (130mm x 193mm x 10mm)
  • Weighs less than a pound (approximately 0.9 lb or 400g)
  • RIM intends to also offer 3G and 4G models in the future.
Anda pula bagaimana...yang mana satu menjadi pilihan hati anda ?

Demam BOLA !!! - Julai 2011

Aku demam....memang demam betul-betul nie.....dan kebetulan plak aku demam BOLA.  Aku suka tengok perlawanan bola kalu melibatkan Pasukan Malaysia jer...hehehe semangat nie...sampaikan anak-anak dan adik-adik aku takut nak duk sebelah atau dekat ngan aku bila menyaksikan perlawanan bola..coz kalu hampir nak gol atau tak berjaya menjaringkan gol habis sume orang aku lepuk...anak aku yang sulung pernah menjadi mangsa tertarik rambut...huhu di luar kesedaranku...dia pun dah serik dah siap warning kat adik dia jangan duk dekat ngan Ummi kalu nengok bola...hahahahaha.
Ha mai nengok antara perlawanan bola sepak dan keputusan perlawanan yang melibatkan Pasukan Bola Sepak Malaysia untuk Julai 2011
    


03 Julai 2011
Taiwan vs  Malaysia
Kelayakan Pra Piala Dunia 2014 Zon Asia




Agregat 4 -4



13 Julai 2011
Malaysia  vs  Arsenal
Perlawanan Persahabatan





16 Julai 2011
Malaysia  vs  Liverpool
Perlawanan Persahabatan
       
   


21Julai 2011
Malaysia  vs  Chelsea
Perlawanan Persahabatan




23 Julai 2011
Singapura vs Malaysia   (Pusingan 1)
Kelayakan Pra Piala Dunia 2014 Zon Asia



28 Julai 2011
Malaysia  vs  Singapura (Pusingan 2)
Kelayakan Pra Piala Dunia 2014 Zon Asia



TUNGGU!!!!!

Jangan lupa saksikan..yer..:)

Rabu, 27 Julai 2011

5 Cara Tingkat Kesuburan

5 Cara Tingkat Kesuburan


1. Turunkan berat badan
   
Anda atau suami yang mengalami masalah kegemukan
perlu menurunkan berat badan apabila merancang untuk hamil.


2. Rajin bersenam
   
Tingkatkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal yang
mudah seperti jogging, berenang dan lain-lain.


3. Hadkan pengambilan kafein
   
Produk makanan dan minuman mengandungi kafein perlu
dikurangkan kerana kafein yang banyak dalam darah mengurangkan
penghasilan hormon prolaktin.


4. Ambil makanan kaya mineral
  
Makanlah lebih banyak tiram, ikan sardin, udang, ayam dan daging t
idak berlemak, keju, telur, beras merah dan sebagainya
untuk meningkatkan penghasilan sperma.


5. Elak makanan proses
   
Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral
tetapi tinggi kalori yang berisiko mengganggu tahap kesuburan.

Wordless Wednesday #8

Selasa, 26 Julai 2011

Menu Tengahari - Noodle Station

Kekenyangan aku dibuatnya..nampak jer secoit coz dalam pinggan dan mangkuk yang besar...tapi sangat mengenyangkan.  Tengahari nie aku ngan Kak Ina dan Dayah kawanku jenjalan ke Maju Junction kita orang tak tau nak makan apa....yang ada dalam kepala otak kitaorang cuma cari makanan atau Restoran yang kitaorang belum pernah makan lagi dalam Maju Junction tu..ermmm NOODLE STATION cam menarik jer...ramai orang..sampai kena menunggu dalam 10 minit gak..tapi no hal ah coz nak try gaks. Aku ngan kawan aku belek punya belek menu ..maklumlah tak biasa pergi kat sini...sian adik yang amik order tu...

Aku ngan kawan aku siap tanya apa menu yang selalu orang order dan apa special menu kat Noodle Station nie harga belakang kira ...hahaha tapi leh tahan ah hergenya...setelah di pikir dan di belek-belek ..aku dan kawan-kawan aku memilih menu nie...

Menu untuk Dayah
 


Springy Noodle With Bbq Chicken
Topped with tender strips of oyster sauce-marinated chicken barbecued to perfection, and deep-fried chicken dumplings

 
Iced Mocha

RM 17.40 bagi kedua-dua menu 



 Menu untuk Kak Ina
 
Springy Noodle With Tempura Prawn
Delicate prawn Tempura for an added touch of Japanese authenticity


 
 Mango Sorbet

RM 21.80 bagi kedua-dua menu 



 Menu untuk Aku@ummi
 
Springy Noodle With Beef Pastrami
Beef pastrami and mushrooms add a delicious Western twist

Ice Blended Cappuccino

RM 19.60 bagi kedua-dua menu