Hai..siapa yang pernah membaca blog saya sebelum nie saya ada menceritakan dan menayangkan video bagaimana implanon (sejenis perancang keluarga) dipasang...coz pada tahun 2008 saya telah memasang implanon tersebut bagi tujuan menjarakkan anak, saya kan anak-anak keluar kot tingkap / caesarean. Jadi kena merancanglah kan....sepatutnya bulan lepas aku kena buang implan nie tapi aku terlepas pandang di kad implan tu...jadi dah sebulan lah benda nie expired dalam badan aku nie...hehehehe, maka hari ini 22 Julai 2001 implanon aku telah selamat dikeluarkan. Pada mulanya aku agak cuak dan takut kot..coz dengar kawan-kawan yang dah ada pengalaman buang implan dorang kata sakit...ermmm nie bius dah habis terasa gak sakit...huhuhuhu doktor kata 3 hari tangan yg luka nie (tempat implan dikeluarkan tkleh kena air...aduhai gamaknya aku kena mandi sebelah tangan jer ler..aduh berdenyut lagi.....tkper nie aku menaip dgn sebelah tangan jer...:) oklah mei lihat video dibawah bagaimana implanon dikeluarkan. tak sangka benda sebesar itu leh mengawal hormon dalam badan kita....dasyat teknologi perubatan sekarang...
nie rupa implan sebelum dimasukkan ke dalam badan
nie lah rupa implanon
kemudian dimasukkan di bahagian lengan...
nie plak contoh kad implan yang perlu kita
kena simpan dalam beg duit...supaya kalu jadi
apa2 pada diri kita orang tahu yg ada
benda dalam badan kita nie...
kena simpan dalam beg duit...supaya kalu jadi
apa2 pada diri kita orang tahu yg ada
benda dalam badan kita nie...
selepas habis tempoh 3 tahun..
lalu ia dikeluarkan....
....meh nengok bagaimana implanon dikeluarkan....
lebih kurang beginilah prosedur yang telah aku lalui beberapa jam yang lalu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan