Selasa, 5 Julai 2011

Bahan letupan, senjata bahaya ditemui di belakang Sogo



Eee...takutnya aku nie dah lah kerja tak berapa jauh dengan Sogo kalu hari Jumaat kan rehat lama...aku pun rajin ah ke sana untuk window shopping atau makan kat Sogo tu..confirm Jumaat nie aku tak gi ke sana...bukan apa takut dorang buat pra BERSIH ker lepas sembahyang Jummat ..mana lah tau kan...


Polis kesan pihak cuba cetus huru-hara ketika perhimpunan haram 9 Julai

KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.
Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.

Sumber dari bharian.com.my






Gambar di atas sekadar hiasan semata-mata

1 ulasan: