Jumaat, 29 Julai 2011

Gua 'Superman' @ Cueva de Los Cristales



       
Gambar di atas adalah gambar Gua Krsital atau juga dikenali sebagai gua Superman yang benar-benar wujuddan terletak di Mexico

  
Dua gambar di atas hanyalah sekadar khayalan atau gua yang hanya wujud dalam Filem Superman dimana dengan hanya menggunakan teknik CGI

LOMBONG NAICA, Mexico - Sebuah gua yang mengandungi gipsum berwarna putih kelihatan mirip gua dalam komik mengenai kisah adi wira, Superman yang ditemui di sini dicadangkan dijadikan warisan dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gua itu ditemui dua pelombong sepuluh tahun lalu dan dianggap fenomena ajaib di dunia.
"Ia salah sebuah daripada keajaiban dunia," kata seorang ahli geologi dari Institut Andaluz de Las Ciencias de la Tierra, Juanma Garcia Ruiz yang mengkaji lombong berkenaan.
"Gua itu merupakan sesuatu yang mengagumkan dan masih terdapat orang di Mexico yang tidak mengetahui betapa pentingnya ia dipelihara sebaik mungkin," tambahnya.
Pembentukan batang-batang umpama kristal itu yang terletak 290 meter di bawah permukaan Bumi terjadi apabila air yang amat panas menjadi sejuk dan tepu bersama gipsum.

Ia umpama gua yang terdapat dalam komik Superman yang dikenali sebagai Fortress of Solitude. - Agensi

4 ulasan:

Muiz Ilusinasi berkata... JOM Reply

huhu igtkn dlm superman tu cma rekaan jer..x sgka ad yg btul2 rpanyer..

Norhafsham berkata... JOM Reply

best ni klu dpt masok dlm gua ni^^

SS berkata... JOM Reply

ada tgk part ni kat smallville. mmg cantik lah :)

.dida mumin♥ berkata... JOM Reply

mmg cantik...tidak dinafikan...:)