Ha amik ko.....ada sapa brani lepas baca artikel yang aku ambil dari http://www.utusan.com.my/ nie aku cakap nie coz Datuk Seri Dr. Rais Yatim tuju buat warga Jabatan Penerangan ( Jabatan yang aku kerja sekarang) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi sesiapa yang kerja di Jabatan Penerangan mesti dah tahu Visi dan Misi Jabatan. Ermmm tepuk dada tanya selera yer.....
Menteri
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr. Rais Yatim
KUCHING 12 Julai - Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jabatan Penerangan disaran meletak jawatan sekiranya tidak berhasrat menyokong dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan sedemikian kerana tindakan itu secara terang-terangan terpesong daripada tanggungjawab utama yang diamanahkan kepada mereka.
"Pekerjaan ini adalah untuk bersama kerajaan. Ketika mula-mula menyertai (jabatan-jabatan tersebut), kita sudah tekankan anda perlu membantu kerajaan.
"Sebagai contoh, Jabatan Penerangan tugasnya adalah menyampaikan dasar-dasar kerajaan supaya rakyat tidak keliru. Jika menentang kerajaan, kita bakal berdepan dengan masalah akauntabiliti pada masa depan dan inilah yang harus kita hindari," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Komuniti 1Malaysia dan Pos Bergerak Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini. Turut hadir Timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Terdahulu dalam ucapannya, Rais meminta para pegawai Jasa dan Jabatan Penerangan supaya meningkatkan sistem penyampaian termasuk kerap turun padang dan mendampingi rakyat menerusi penganjuran pelbagai program yang bersifat 1Malaysia.
Katanya, usaha itu perlu dilakukan secara berterusan dengan cara yang lebih kreatif supaya setiap dasar atau polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan dapat difahami sepenuhnya oleh rakyat.
"Jika anda (kakitangan jabatan) berkhidmat dengan baik dan menggunakan pendekatan kreatif untuk mendampingi masyarakat, ia secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat terhadap kerajaan," katanya.
Bercakap tentang Pos Bergerak, Rais berkata satu kajian tentang modul baru perkhidmatan menggunakan sistem pengangkutan sungai dan laut akan dibuat oleh pihak Pos Malaysia untuk pelaksanaan perkhidmatan yang lebih meluas khasnya di pedalaman Sarawak dan pulau-pulau di Sabah.
Ketika ini Pos Malaysia sudah pun mempunyai perkhidmatan Pos Bergerak menggunakan kenderaan darat yang dilengkapi kemudahan satelit (VSAT) iaitu masing-masing dua unit di Sabah dan Sarawak selain lima unit lagi untuk Sarawak dalam tempoh masa terdekat.
1 ulasan:
pitt
terasa plak aku kt statement menteri KPKK ni...
ni link try je tau :
Jom baca: tv commercials win
Catat Ulasan