Khamis, 21 Julai 2011

Nasi Ayam Madu...

Hai...hari ini saya cuti...coz mama dan papa aku balik ke Kampung, Perak ada urusan harta pusaka arwah Opah dan Tok Wan.  Anak-anak aku kan aku  hantar ke rumah mama tiap-tiap hari...so aku pun kena amik cuti lah....untuk urus anak-anak yang mana sekolah dan di rumah...nie kira pakej jaga adik-adik skali walaupun dorang dah besar gedabak.....ermmmm wat sarapan Nasi Goreng Paprik.....lebih nasi malam tadi....wa.. tengahari aku wat Nasi Ayam Madu yang dah lama aku tak buat... tapi ternyata aku masih ingat bahan-bahan dan cara-caranya.....meh aku nak kongsi resepi Nasi Ayam Madu aku punya..Ayam jer leh Madu...hehehe

NASI AYAM MADU

Gambar nie sekadar hiasan..
coz lupa nak amik gambar tadi...

Bahan-bahannya:-

Bahan-bahan untuk nasi: 
4 cawan beras (dibasuh dan ditos) 
5 cawan air rebusan ayam 
3 ulas bawang merah (dihiris) 
3 biji bawang putih (dihiris) 
2 cm halia (diketuk) 
4 biji bunga cengkih 
4 biji bunga lawang 
3 cm kulit kayu manis 
1 batang serai 
1 sudu kecil buah pelaga 
Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan-bahan untuk sos: 
10 biji cili merah (dibuang biji)
5 biji cili padi 
2 labu bawang putih 
4 sudu besar gula 
Garam secukup rasa 
2 biji Tomato 
Sedikit cuka

Bahan-bahan untuk ayam: 
1 ekor ayam (dipotong kecil) 
2 cm halia (diketuk) 
1 cawan sos tiram 
½ cawan madu 
Minyak untuk menggoreng 

Bahan-bahan untuk sup: 
Air rebusan ayam
 
2 packet bebola ikan
1 sup bunjut
1 batang lobak merah 
4 biji ubi kentang 
Sedikit daun sup 
Sedikit bawang goreng 

Cara-caranya :-

Cara memasak nasi: 
1. Tumis semua bahan kecuali serai dan air rebusan ayam di dalam kuali;
2. Setelah ada bau, masukkan air rebusan ayam dan serai ke dalam tumisan itu tadi
3. Tuang bahan-bahan tersebut ke dalam beras yang sudah dibasuh dan masak seperti biasa. 

Cara memasak sos: 
1. Kisar semua bahan-bahan untuk buat sos tadi  sehingga halus;
2. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa dan masak di atas api sederhana kira-kira 15 minit;

Cara memasak ayam: 
1. Kukus ayam bersama halia kira-kira 20-30 minit;
2. Setelah dikukus, lumurkan ayam dengan sos tiram dan madu dan Perap kira-kira 15 minit; 
3. Goreng ayam dengan minyak yang secukupnya. 

Cara memasak sup: 
1. Gunakan air rebusan dari ayam yang telah dikukus tadi;
2. Masukkan kesemua bahan dan didihkan sehingga ubi kentang dan lobak merah sehingga empuk dan masak;
3. Hias dengan daun sup dan bawang goreng di atasnya. 

"SELAMAT MENCUBA"

Tiada ulasan: