Pergh...dasyat nie...siap ada hari Lady Gaga berbagai, fanatik giler orang-orang Taiwan nie terhadap Lady Gaga nak wat macam mana itu dah jadi mentor dan idola diorang hagaknya..lantok kome ler...
nie ada sedikit koleksi gambar-gambar peminat fanatik Lady Gagag semasa sambutan Hari Lady Gaga tersebut..macam-macam hal..:D
nota : aku sendiri pun dah konfius nie mana satu ori Lady Gaga ngan yang palsu nie...
TAIPEI - Bandar Taichung di Taiwan mengisytiharkan semalam sebagai Hari Lady Gaga kerana penyanyi berimej pelik itu merupakan diva pop yang pertama mengadakan lawatan ke bandar itu sekali gus mencetuskan kegilaan dalam kalangan peminat dan media tempatan.
Tampil dengan memakai rambut palsu berwarna hitam dan putih, seluar dan baju berwarna merah berserta baju tanpa lengan bercorak harimau belang, Lady Gaga diberi penghargaan oleh Datuk Bandar Taichung, Jason Hu pada majlis yang dihadiri oleh ratusan penyokong penuh semangat.
"Sebagai sebahagian dari Taichung, hari ini saya mengisytiharkan Hari Lady Gaga yang ditujukan kepada seluruh peminatnya," jelas Hu.
Ratusan peminat Lady Gaga berada di tepi jalan dengan memakai kostum dan rambut palsu ala penyanyi itu.
Salah seorang peminat lelaki memakai kostum kepala babi bagi memberi penghormatan ke atas pakaian penyanyi itu yang sebelum ini diperbuat daripada daging mentah, lapor stesen televisyen TVBS.
Lady Gaga yang berusia 25 tahun merupakan salah seornag penyanyi yang paling popular di Taiwan.
Kehadirannya di Taiwan mendapat liputan di muka hadapan kebanyakan akhbar utama.
Dia turut membuat persembahan malam semalam sebagai sebahagian daripada promosi album terbaharunya, Born This Way. - AFP
4 ulasan:
semakin banyak ikutan LG nie.. hihiihi
tu ler...selamat org taiwan..kalu org kita malu seh....
mmg lady GAGAH sungguh la die ni..:o
gagah takper jangan gagap
Catat Ulasan