Sabtu, 16 Julai 2011

Mana satu yang betul nie....KELIRU

Ok pertama sekali aku nak pembaca semua baca kedua-dua artikel di bawah, satu dari surat khabar Kosmo dan satu lagi dari Harian Metro.  Aku rasa tempatnya sama tapi jalan ceritanya berbeza, aku keliru..mana satu cerita yang betul nie....ke memang satu tempat ada dua(2) kejadian terjatuh dari bangunan yang sama...lantok lah yer....hehehe cuba anda plak baca.....ke aku sorang je yang pikir macam nie. :)


PETIKAN INI DARI SURAT KHABAR KOSMO

Mati terjatuh selepas minum arak

KUALA LUMPUR - Keseronokan seorang remaja yang didakwa meminum arak bersama rakan-rakannya di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh di sini berakhir tragedi apabila dia mati akibat terjatuh dari tingkat empat premis itu kelmarin. Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Gopinath Krisnamurty, 18, mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.
Seorang saksi yang tinggal di tingkat tiga flat tersebut memberitahu, sebelum kejadian, dia ternampak mangsa dan beberapa rakannya sedang meminum arak di tingkat bawah. Katanya, mangsa tinggal bersama keluarganya di blok lain dan datang ke situ untuk berbual sambil minum arak bersama rakan-rakannya. "Mangsa kemudian naik ke tingkat empat untuk pergi ke rumah salah seorang rakannya. Bagaimanapun, tidak lama kemudian saya terdengar suara seperti orang bertengkar dan disusuli dengan bunyi benda terhempas.
"Apabila saya keluar, saya dapati mangsa telah terjatuh tertiarap dalam keadaan berlumuran darah manakala rakan-rakannya telah turun melihat mangsa sebelum melarikan diri," ceritanya kepada Kosmo! semalam. Tinjauan Kosmo! mendapati terdapat beberapa botol arak dan minuman berkarbonat di tepi tiang tingkat bawah flat berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati mangsa mati selepas terjatuh dari tingkat empat flat tersebut. Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

YANG INI PULA PETIKAN DARI SURAT KHABAR HARIAN METRO


Tiada ulasan: